Harel Skaat
Harel Skaat

Harel Skaat

Harel Skaat (Bahasa Ibrani: הראל סקעת‎, dilahirkan pada 8 Ogos 1981) ialah seorang penyanyi dan penggubah lagu warganegara Israel.[1] Dia mewakili Israel dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2010 dengan membawa lagu "Milim" ("מילים", "Kata-kata").[2]Skaat mula menyanyi dan menghibur di khalayak umum sejak kecil. Pada usia enam tahun, dia memenangi tempat pertama dalam pertandingan festival lagu kanak-kanak. Ketika masih bersekolah rendah, dia muncul dalam televisyen kebangsaan dan semasa remaja, dia menjadi penyanyi utama bagi pancaragam di sekolah menengah dan bandarnya. Semasa menjalani tugas mandatori dalam Pasukan Pertahanan Israel, dia telah menyanyi dalam Pancaragam Polis Komunikasi. Kejayaan cemerlang profesional Skaat akhirnya tiba apabila dia menyertai musim kedua Kochav Nolad ("כוכב נולד", "Seorang bintang lahir"), sebuah rancangan realiti tv yang mirip kepada American Idol, dan berakhir di tempat kedua. Setelah rancangan itu berakhir, dia menandatangani kontrak rakaman dengan Hed Arzi, salah satu syarikat muzik terbesar di Israel.Album debutnya, Harel Skaat, telah diterbitkan pada Julai 2006. Album itu menghasilkan lima single hit, termasuklah balada romantik "Ve'at" ("ואת", "Dan dikau") yang menjadi lagu nombor satu pada tahun itu dalam carta lagu Ibrani hujung tahun Israel. Album itu diperakui dengan platinum di Israel. Satu jelajah konsert menyusul album itu yang melangkaui 200 pertunjukan konsert, satu peristiwa penting dalam arena muzik Israel.Pada awal 2008, Skaat dan Hed Arzi terbabit dalam pertikaian undang-undang selama setahun. SSejurus selepas pertikaian itu diselesaikan, dia membuat persetujuan baru dengan Aroma Music dan Partner Communications dan merakam album keduanya yang berjudul Dmuyot (דמויות, Gambaran). Album itu diterbitkan pada September 2009 dan diperakui dengan emas di Israel.Dikelaskan dalam media secara amnya sebagai penyanyi pop, Skaat dipengaruhi oleh pelbagai jenis muzik, dan albumnya menonjolkan campuran eklektik lagu-lagu, dari rock hingga balada romantik. Bakat nyanyian dan hiburannya dipuji secara meluas oleh para pengkritik dan profesional industri muzik Israel, namun album-albumnya cuma menerima ulasan bercampur. Semua lagu dalam album rasminya dan EP dinyanyikan dalam bahasa Ibrani, tetapi Skaat kadang-kala menyanyi dalam bahasa Inggeris dan Perancis di konsert-konsert langsung; dia kini sedang menghasilkan sebuah album baru yang akan dirakamkan dalam bahasa Inggeris. Pada Disember 2009, Pihak Berkuasa Penyiaran Israel secara dalaman telah memilih Skaat sebagai wakil Israel dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2010. Pertandingan itu dilangsungkan di Oslo, Norway, pada lewat Mei 2010 dan Israel menduduki tempat ke-14 daripada 39 penyertaan.

Harel Skaat

Pekerjaan Penyanyi, penghibur, penggubah lagu
Syarikat rakaman Hed Arzi Music, Aroma Music
Laman sesawang www.harelskaat.com
Kelahiran (1981-08-08) 8 Ogos 1981 (umur 38)
Kfar Saba, Israel
Genre Pop
Tahun aktif 2004–kini
Nama asal הראל סקעת

Berkaitan